22 January 2012

Manusia.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka.
Ada sangkaan baik.
Ada sangkaan buruk.

Orang beribadah, disangka riak.

Orang relax, disangka malas.
Orang pakai baju baru, disangka menunjuk-nunjuk.
Orang pakai baju buruk, lusuh, disangka berzuhud.
Orang makan banyak, disangka pelahap.
Orang makan sikit, disangka kedekut.

Orang baik, disangka buruk.
Orang buruk, disangka baik.
Orang senyum, disangka mengejek.
Orang masam, disangka merajuk.
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat.
Orang diam, disangka sombong.
Orang menawan, disangka pakai susuk.
Orang ceria, disangka berlakon.

Mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
Mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
Mana tahu, yang menawan itu bersih hati dan mindahnya?
Mana tahu, yang ceria itu cergas cerdas mindanya?

Jauhkan sikap suka bersangka-sangka.
Kerana ia bakal memusnakan ukhuwah.
Sepertinya musnahnya kayu dimakan api.

Suatu benda yang kita lihat.
Bermacam-macam kesimpulan yang kita buat.

Apabila memandang ke luar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung² berterbangan dan bermacam-macam lagi
Sedangkan semua orang melihat di tingkap yang sama.

Kesimpulannya.
Semua bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif kita lihat, maka positif lah yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Marilah kita sama² memperbetulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah kita sesama kita. InsyaAllah. :)

Assalamualaikum.  ^^

- FM - 

19 January 2012

Aku tidak mahu suami aku berdosa.

Assalamualaikum.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku melabuhkan jilbabku.
Berusaha menutup sempurna auratku.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku perlengkapkan diriku.
Dengan ajaran agama.
Agar dapat membezakan.
Antara yang benar dan salah.

Aku tidak mahu suami aku berdosa. Lantas aku hadkan pergaulanku. Dengan yang bukan mahramku.
Aku tak mahu suami aku berdosa. Lantas aku menjaga diri aku. Agar terhindar dari fitnah manusia.

 Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku sayangkan suamiku.
Dan aku tidak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diri aku.
Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku!

* Mohon hindar. Adik², kakak², makcik² semua. :(

- FM -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

- FM - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal