15 April 2012

Untukmu Ibu!

Lelaki : IBU. Satu hari nanti saya mungkin akan bertemu "Puteri Idaman" saya.
Tetapi saya ingin ibu tahu bahawa ibu sentiasa menjadi RATU di hati saya.

* Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang t
elah mengecilkan hati ibu.
* Sekiranya ibu kita masih ada, bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. InsyaAllah.
* Sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.
* Okay, Comey? :)

Wallahu a'lam.

- FM -

12 April 2012

Adik, Kakak! :)

Kadang² seorang perempuan itu hanya tersilap lorong dalam memandu hidupnya berkaitan dengan batasan² aurat.

(╯︵╰,) Tersingsing lengan.

(╯︵╰,) Tidak menutup bahagian kaki.
(╯︵╰,) Tidak menutup bahagian dada.

Namun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

(◠‿◠) Allah masih beri kita kehidupan untuk berubah.
(◠‿◠) Allah beri kita kesedaran untuk berubah.
(◠‿◠) Allah menjadikan kematian supaya kita berubah.

Islam is the best way of life.~~~

- FM -

01 April 2012

Mari Berdakwah!

Adik, Kakak! :)

Tegur tanda sayang.
Moga ukhuwah yang terjalin menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT. InsyaAllah.
Sama²lah kita mengingatkan diri kita yang alpa ini.
Kita perlu ingat! Walau siapa pun kita, kita milik Dia Yang Hakiki.
Wallahu a'lam. :)

09 February 2012

Tegur Menegur

Assalamualaikum.

Orang Yang Menegur. 
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting di tepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu dituju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang Yang Ditegur. 
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu. Persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.
Seharusnya beginilah resam kehidupan kita.
Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat!

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya. :)

08 February 2012

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
( WAJIB BACA )

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri.  Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

* Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena. " Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya.. " Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.
* Suka memburuk²kan suami di belakang suami samada kepada ibu bapa, sedara mara atau kawan²nya.
* Curang pada suami. Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.
* Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari. " Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

* Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri. " Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "
* Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu. " Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. " " Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. " " Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat.
Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah. " Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award." " Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. " " Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.
Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya dihabiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua.

Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

04 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul.

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Tiada Harapan Selain ALLAH

Tiada Idola selain Nabi
Tiada kata seindah Al-Quran
Tiada jalan selurus Sunnah
Tiada perjuangan selain Islam

- FM -

03 February 2012

Segan

Assalamualaikum.

Segan.
Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Jadi,
Kalau terasa segan, bersyukurlah.
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang.
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

Wallahu a'lam.

- FM -

22 January 2012

Manusia.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka.
Ada sangkaan baik.
Ada sangkaan buruk.

Orang beribadah, disangka riak.

Orang relax, disangka malas.
Orang pakai baju baru, disangka menunjuk-nunjuk.
Orang pakai baju buruk, lusuh, disangka berzuhud.
Orang makan banyak, disangka pelahap.
Orang makan sikit, disangka kedekut.

Orang baik, disangka buruk.
Orang buruk, disangka baik.
Orang senyum, disangka mengejek.
Orang masam, disangka merajuk.
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat.
Orang diam, disangka sombong.
Orang menawan, disangka pakai susuk.
Orang ceria, disangka berlakon.

Mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
Mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
Mana tahu, yang menawan itu bersih hati dan mindahnya?
Mana tahu, yang ceria itu cergas cerdas mindanya?

Jauhkan sikap suka bersangka-sangka.
Kerana ia bakal memusnakan ukhuwah.
Sepertinya musnahnya kayu dimakan api.

Suatu benda yang kita lihat.
Bermacam-macam kesimpulan yang kita buat.

Apabila memandang ke luar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung² berterbangan dan bermacam-macam lagi
Sedangkan semua orang melihat di tingkap yang sama.

Kesimpulannya.
Semua bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif kita lihat, maka positif lah yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Marilah kita sama² memperbetulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah kita sesama kita. InsyaAllah. :)

Assalamualaikum.  ^^

- FM - 

19 January 2012

Aku tidak mahu suami aku berdosa.

Assalamualaikum.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku melabuhkan jilbabku.
Berusaha menutup sempurna auratku.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku perlengkapkan diriku.
Dengan ajaran agama.
Agar dapat membezakan.
Antara yang benar dan salah.

Aku tidak mahu suami aku berdosa. Lantas aku hadkan pergaulanku. Dengan yang bukan mahramku.
Aku tak mahu suami aku berdosa. Lantas aku menjaga diri aku. Agar terhindar dari fitnah manusia.

 Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku sayangkan suamiku.
Dan aku tidak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diri aku.
Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku!

* Mohon hindar. Adik², kakak², makcik² semua. :(

- FM -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

- FM - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal