27 December 2011

Tinggi Dan Rendah

Assalamualaikum..

Dalam dunia ini, ada yang tinggi dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecil, yang kereta besar dan kereta kecil, dan sebagainya.

 Tapi kita harus tahu, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia. Hidup ini bukan untuk kaya atau mempunyai harta yang serba serbi, tapi untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Allah kasihkan orang yang bertaqwa. Allah tidak memandang harta dan paras rupa, kerana pada akhirnya, hanya hati yang akan membawa kita ke syurga atau neraka.  :)

- FM -

23 December 2011

Bacalah..

Assalamualaikum..  

Bacalah pesananan ini :-

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

^_^ ~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~ ^_^

* Terima takdir Allah dan percaya kepada Qada dan Qadar.  :)

* Solat sunat istikharah.

- FM -

Allah Uji Tanda Allah Sayang. :)

Assalamualaikum..

"Don't count how many times people hurt you and leave you.  But, count how many times you hurt Allah S.W.T and He never leave you.."
 - FM -

22 December 2011

INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang² kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Saya KELIRU...

Seimbang
Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).

Ya Allah..
Luruskan niat kami dan jauhkan jiwa kami daripada sifat yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riak dan lain-lain. Amin.

- FM -

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Wahai diri yang lemah tidak berdaya.
Ingatlah, dunia ini bukanlah tempat asal mu, usah terpesona dengan keindahan dan tipu dayanya.
DI SINI kita hanya PENGEMBARA yang singgah sebentar.
DI SINI kita kena sediakan BEKAL.
DI SINI kita mencari MODAL untuk suatu perjalanan yang jauh.
Berlindunglah kepada-Nya dari cinta dan tarikan dunia.

Ingatlah!
DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.

* Hidup mesti diteruskan.  :(

- FM -

09 November 2011

CINTAI TUHAN, SAYANGI MANUSIA.. ツ

Cinta ini tak semuanya indah. Dan kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan.
Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku??
Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila² masa.. :)

CINTAI TUHAN, SAYANGI MANUSIA.. ツ ツ
- FM -

05 November 2011

Pengorbanan

Pengorbanan ini pahit, perit dan pedih.
Tiada pengorbanan yang tidak berdarah, samada jasad atau jiwanya. 
Tetapi insan kuat tidak akan teragak² untuk melakukan pngorbanan di jalan-Nya walaupun hati perit menahan kecewa, pipi basah disimbah air mata, jasad pedih menahan luka.
Semoga kita semua sentiasa kuat untuk berkorban segala-galanya kerana Allah.
InsyaAllah. Amin.  ツ

22 September 2011

Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar, bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita di masa hadapan.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.
* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL.

* ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ *

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

:(=

- FM -

25 July 2011

Selamat Berpuasa!

 Assalamualaikum.

Berbelanja jangan sampai BOROS,
Berjimat jangan sampai KEDEKUT

Selamat Petang! 

Tinggal beberapa hari lagi kita akan berpuasa. Rasanya baru aje kita berpuasa tahun lepas kan?  :)
Rupa²nya dah setahun.  :)

Jadi saya harap, korang semua hati² selalu. Jaga diri dan jangan nakal² ya!  :)=

- Jangan memandu laju. Pakai seatbelt. ( Terutamanya student ) 
* Nanti kena saman macam Pokdin.  :))
- Jangan main api. Nanti terbakar jari. Hehe...
- Terawih jangan lupa okeh. :)

Selamat Berpuasa!

Babai..

- FM -

24 January 2011

Kasih Ibu

*Klik di gambar untuk besarkan saiz

Salam..
Katakan sesuatu tentang gambar ini..

Kisah kasihnya seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk menahan runtuhan bangunan daripada menimpa anaknya. Sebelum meninggal dunia, si ibu sempat menaip pesanan ringkas (sms) di telefon bimbitnya :-

My dear and sweet child.. If u can servive, always remember that I LOVE U..

I miss you so much, Mom..
:(
-------------------------------------------------------------------
-Japanese-

  •  
    Keito Shikamaru しないでください悲しいこと、弟はいつもの福祉と安全のために祈る気にしない読んで..

    * Thanks Keito Shikamaru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

- FM - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal