22 December 2011

INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang² kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Saya KELIRU...

Seimbang
Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).

Ya Allah..
Luruskan niat kami dan jauhkan jiwa kami daripada sifat yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riak dan lain-lain. Amin.

- FM -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

- FM - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal